SiGaDis MerahJambu

SiGaDis MerahJambu
SiGaDis MerahJambu

Monday, 12 May 2014

Ujian @ Musibah ? Teruskan perjuangan SAHABATKU ...



Bismillahirrahmanirrahim ...

Andai ketika ini dirimu tersepit dalam kesulitan ,yang engkau  sendiri tak tahu bagaimana penyelesaiannya , satu perkara yang engkau perlu  kau pegang seteguh mungkin , YAKIN !! Yakin dengan kuasa Allah ! Yakin dengan ketentuanNYA.. Dia yang telah menciptakan kita . Dia juga mengetahui sejauh mana kita mampu bertahan .Allah tidak akan membebani hamba-hambaNYA  dengan dengan sesuatu di luar kemampuan kita .Dari suatu sudut yang berbeza , lihatlah hal yang terjadi pada diri kita ini sebagai satu ujian .Allah uji hambaNYA kerana kasih , sayang dan cinta .Allah sedang berbicara dengan kita melalui hal yang kita hadapi .Perit atau sukar , mungkin itu 1 teguran dari Allah buat kita .Muhasabah setiap kali ditimpa musibah . Itu yang terbaik ! Ujian tak semestinya dalam bentuk kepayahan , nikmat juga 1 ujian daripada Allah .Dalam menerima musibah perlunya sabar .Dalam menerima nikmat , perlunya syukur .Dekatkan diri dengan Allah .Allah adalah sebaik-baik tempat kembali dalam setiap hal .Di waktu susah atau sebaliknya .Meskipun tak ada sape yang sudi mendengar  rintihamu , Allah masih mendengar . Pada bila bila masa, saat . Manusia sedang di ulit mimpi . Allah sedia mendengar rintihan hambanya .Dosa bukan penghalang .Allah ampunkan   dosa setiap hambaNya selagi  tidak menyekutukannya .Allah maha pengampun.

Lihatlah ujian dari salah satu sudut .yang positif .
Lihat ujian sebagai tanda kasih Allah kepada kita .
Lihatlah ujian sebagai  satu bentuk peringatan dari Allah buat kita ..
Lihatlah ujian sebagai salah satu ruang untuk kita baiki sahsiah diri serta hubungan kita dengan Allah .

Melihat ujian sebagai salah satu tanda kasih Allah, kita akan mampu meraih dan merasai kasih  dan rahmat Allah itu , kerana kerana dengan melihat ujian sebagai tanda kasih Allah , kita  akan sentiasa berusaha menjaga hubungan kita dengan Allah dan ALLAH akan jaga kita ..menjaga hati kita .

Orang mukmin sentiasa  positif dalam setiap hal . Sentiasa menukarkan sebuah masalah kepada peluang .

Allah sentiasa rindu doa hambaNYA .Carilah kekuatan untuk bangkit lagi dengan  mendekatkan diri kepada Allah ..kerana Dia lebih mengenali diri kita berbanding kita sendiri .
Apabila kita jaga hubungan dengan Allah , Allah akan jaga kita.

***************************************************************************************


p/s : Blog ini ditujukan khas buat sahabat seperjuangan saya yang terlibat dalam kemalangan baru -baru ini ..
. buat Nur Aunie Wajihah dan Rabbani , semoga tabah menghadapi dugaan .. 


 ...... pasangan ini baru mendirikan rumah tangga pada bulan 2 , tahun 2014 .. namun  , di uji dengan ujian yang sangat hebat ..semoga tabah wahai sahabat ... TERUSKANLAH  PERJUANGAN ... 
perjuangan kita masih jauh .. bukan terhenti disini sahaja ..




 .. kereta yang dinaiki oleh pasangan sweet ituu ... Allahuakbar .! Besar nye ujianMU ..





...................... Tarraaaaaaaaaaaaa ~~ owner BLOG .. nie laa Gadis Merah Jambu ituu .. hihihihi .. ~~

************************************************************************************

sekian , wassalam ... terima kasih sudi baca ... ;D