Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah
kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang
datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan
yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan
ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar
seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang
sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia
yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun
sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya
terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi
seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang
sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan
datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan
kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak
pernah surut.
4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji
olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi
bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan
untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi
lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam
diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada
manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG
ESA.
5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan
orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan
kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan
itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa
diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana
baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi
lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya
memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan
sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya
untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang
tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala
tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini
amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri
dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia
juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira
siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik
tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan
kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak
pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

No comments:
Post a Comment